Tuesday, August 23, 2011

Raya ?

korang dah boleh agak tak apa yang aku nak cerita ? herm . . . aku nak story pasal aku punya persiapan raya . setakat ni aku baru ada 1 baju tunai . eh , bukan-bukan . sahaja ! haa , baru betol . simply words yang aku boleh describe is " raya tahun ni macam tak meriah jer " .

Tuesday, August 09, 2011

TEST DAH HABIS ! WOHooo .........

semalam last day aku amek test . start hari rabu minggu lepas then , sambung sampai hari isnin semalam . yehaa  ! test dah habis ! itulah yang aku boleh describe untuk perasaan aku hari ini . hari ni aku tak sekolah sebab aku tak berapa nak sihat . sakit kepala + selsema . haha . best tak kalau korang kena .

*stop*

itu bukan benda yang aku nak cerita . okey kita rewind balek dari hari first aku test okey . kalau dah malas nak dengar or bace korang boleh cari post aku yang lain . kalau tak minat jugak . . . inilah benda yang aku tak minat nak cakap , " CLICK RED BUTTON ON TOP OF YOUR RIGHT " .

#1st day
     test : BM , BI , MT 2 , 1  . mase start test memang aku nervous giler coz aku tak baca sepatah apa pon yang ada tulis kat dalam buku . tapi aku still boleh ingat sikit-sikit apa yang cikgu ajar .    


Thursday, August 04, 2011

OGOS detik penuh makna !

Fuh ! Boleh dianggap Ogos adalah bulan yang paling mencabar bagi aku . Serba-serbi nak cepat dan menuntut perhatian yang lebih ! Lagi-lagi dalam bulan ni juga kita bakal melewati empat detik istimewa iaitu kedatangan bulan Ramadhan , Aidilfitri , Hari Persahabatan dan Hari Kemerdekaan tanah air tercinta . Semuanya bakal meninggalkan detik-detik indah buat kita semua .

Puasa bukan sekadar menahan diri daripada makan , minum , menahan syawat serta melakukan perkara-perkara yang terlarang , tapi puasa juga dapat membuatkan hidup seseorang menjadi lebih berkualiti dan bermakna . Paling penting , jaga niat korang baik-baik , tunaikan puasa dengan ikhlas hati , perbanyakan ibadah serta tinggalkan perkara-perkara yang kurang bermanfaat . Mudah-mudahan hidup kita semua akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya .

Tentu korang pun dah tak sabar nak tunggu hari raya , kan ? ia tetap indah walaupun ada di antara kita yang sedang berduka . Tapi aku yakin , di dalam hati mereka akan tetap merasakan  kesegaran nikmatnya Aidilfitri . Lebih-lebih lagi dapat bergaya dengan baju batu . Semua dah ready ke ? If belum , korang yang masih tercari-cari kain pasang untuk dibuat baju raya , bolehlah singgah ke "KAIN OH KAIN" nie . Harganya berpatutan dan banyak kain yang cantik-cantik tau . Hurmm . . . naik rambang matalah nak pilih !

Sahabat , antara orang yang paling penting dalam hidup kita dan sering diibaratkan sebagai sebuah cermin . Tempat terbaik untuk kita merefleksikan diri kita sendiri . Melaluinya kita boleh mengenali diri kita sendiri . Bahkan turut juga memberikan motivasi hidup ! Sempena bulan Persahabatan ni , elok sangat kalau korang raikan di Sweet Chat . Sekali sekal belanja makan sahabat tersayang , apalah salahnya , kan ? Try Pancake Durian ok ! He  . . . he . . . hehe . . . Opsss . . . bagi korang yang suka degan menu-menu yang terdapat di hotel atau masih tercari-cari lokasi hotel yang menyediakan juadah berbuka puasa , bolehlah ke Grand Bluwave Hotel Shah Alam . Pelbagai juadah dan masakan yang enak disediakan . Pasti korang makan sampai licin !

Korang tak lupa , kan . . . bulan Ogos juga adalah hari yang sangat penting bagi seluruh rakyat Malaysia . Kita kena hargainya sebab betapa beruntungnya kita kerana tidak perlu bersusah payah berjuang untuk merebut kemerdekaan . Sebaliknya , apa yang harus kita lakukan sekarang hanyalah untuk terus mempertahankannya ! Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-54 ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Betapa speacilnya bulan ni erk . . samalah juga dengan entry Ogos yang aku post pada kali ni . Hope sangat korang berpuas hati . Cuma aku nak pesan sikit , apa pun gaya yang dipilih sebaiknya biarlah tetap mencerminkan diri sendiri , ya !

Oklah sampai jumpa lagi di entry akan datang . Pastikankorang terus setia dengan post-post yang berikutnya . " Selamat Menyambut Hari Persahabatan , Raya , Merdeka dan Ramadhan .

Monday, August 01, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak w^_^w


ehemm . korang dh boleh agak tak apa yang aku nak cerita hari ni ? haa , mestilah boleh kan . oke , dalam post ni aku nak cerita tentang hari pertama aku puasa dalam tahun 2011 . so , get ready kalau korang tak suka dengan cerita aku ni bole chao sekarang . yang nak tau pulak boleh teruskan yerr .

sebelum cuti puasa hari tu , cikgu yang ajar subjek agama suruh 1 kelas buat dairi tentang puasa kami . aku dah start pelik . dairi jenis apa ni ? dah sah lah panjang kalau nak suruh aku tulis . then , baru cikgu bagi tau yang dairy tu jenis schedule . 

#KLIKUNTUKLEBIHJELAS

macam tu lah dairi yang aku kena buat . tiap-2 hari aku kena tanda apa yang aku buat . so , buat benda ni boleh buat aku jadi lebh disiplin kat rumah . then , aku jadi budak paling baik kat rumah #PERASAN haha .

macam biasa . kena bangun pagi sahur . bile aku pikir balik . . . . . hemm , bole tahan banyak aku makan . ada lauk sotong , asam pedas , lemak . perghh  . . . . . . seeeeeeeeedddaaaaaaap ! aku orang t'akhir habis makan . lepas sahur tengok movie Flat 3A .

dari tengah hari sampai petang aku online and blogging jer . tak ada apa nak buat . so boring u know .